Yehezkiel 41:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Selanjutnya, lelaki itu membawa aku ke bilik utama, iaitu Bilik Suci. Dia mengukur lorong yang menuju ke situ: panjangnya 3 meter

2. dan lebarnya 5 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 2.5 meter. Kemudian dia mengukur Bilik Suci itu; panjangnya 20 meter dan lebarnya 10 meter.

3. Lalu dia masuk ke bilik yang paling dalam. Dia mengukur lorong yang menuju ke situ: panjangnya 1 meter dan lebarnya 3 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 3.5 meter.

4. Dia mengukur bilik itu juga; ukurannya 10 meter persegi. Selepas itu dia berkata kepadaku, “Inilah Bilik Maha Suci.”

Yehezkiel 41