8. Kamu takut akan pedang; Aku akan mendatangkan orang yang membawa pedang untuk menyerang kamu.
9. Aku akan membuang kamu dari kota ini dan menyerahkan kamu kepada bangsa asing. Aku telah menjatuhkan hukuman mati kepada kamu;
10. kamu akan mati terbunuh dalam peperangan di negeri kamu sendiri. Barulah setiap orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN.