Yehezkiel 11:18-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

18. Apabila mereka pulang, mereka mesti membuang segala berhala yang keji dan menjijikkan itu.

19. Aku akan memberi mereka hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati mereka yang keras seperti batu, dengan hati yang taat.

20. Barulah mereka akan mentaati hukum-Ku dan mematuhi semua perintah-Ku dengan setia. Mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah mereka.

21. Tetapi Aku akan menghukum orang yang suka menyembah berhala yang keji serta menjijikkan. Aku akan menghukum mereka kerana perbuatan mereka itu.” Demikianlah firman TUHAN Raja.

22. Kerub-kerub itu mulai terbang, dan roda-roda pun ikut sama. Cahaya berkilauan yang menandakan hadirat Allah Israel berada di atas kerub-kerub itu.

Yehezkiel 11