Yehezkiel 10:13-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Roda itu sama dengan roda yang aku nampak dalam penglihatan yang pertama.

14. Setiap kerub mempunyai empat muka yang berlainan: yang pertama muka lembu, yang kedua muka manusia, yang ketiga muka singa, dan yang keempat muka helang.

15. Kerub-kerub itulah yang aku nampak dahulu di tebing Sungai Kebar. Apabila kerub-kerub itu naik ke udara

16. dan bergerak, roda-roda itu ikut sama. Apabila kerub-kerub itu mengembangkan sayap untuk terbang, roda-roda itu pun ikut.

17. Apabila kerub-kerub itu berhenti atau terbang, roda-roda itu pun ikut kerana dikuasai oleh kerub-kerub itu.

Yehezkiel 10