6. Kamu menghukum dan membunuh orang yang tidak bersalah, dan mereka tidak melawan kamu.
7. Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga.
8. Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.
9. Saudara-saudaraku, janganlah saling bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihakimi oleh Allah. Hakim sudah dekat dan segera datang.