1. Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya.
2. Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.
3. Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota.