12. Setelah itu TUHAN berfirman kepadaku, ‘Segeralah turun ke kaki gunung, kerana umat yang engkau pimpin keluar dari Mesir itu sudah berbuat jahat. Mereka sudah berpaling daripada perintah-Ku, dan sudah membuat sebuah berhala untuk mereka sendiri.’
13. TUHAN berfirman lagi kepadaku, ‘Aku tahu betapa degilnya umat ini.
14. Jangan cuba halang Aku. Aku bercadang untuk membinasakan mereka supaya tidak seorang pun akan ingat pada mereka lagi. Kemudian Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka.’
15. Kemudian aku turun dari gunung itu sambil membawa dua buah batu tulis yang ditulisi perjanjian itu. Api yang bernyala-nyala kelihatan di gunung itu.