1. Jangan persembahkan lembu atau domba yang cacat kepada TUHAN, Allah kamu; TUHAN membenci perbuatan itu.
2. Andaikata kamu mendengar bahawa di salah sebuah kota kamu, ada beberapa orang lelaki atau perempuan yang telah berdosa terhadap TUHAN, dan melanggar perjanjian-Nya
3. serta perintah TUHAN kerana mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, atau kepada matahari, atau kepada bulan, atau kepada bintang-bintang.