Ulangan 16:10-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Kemudian rayakanlah Perayaan Menuai untuk menghormati TUHAN, Allah kamu. Berikanlah persembahan sukarela kepada-Nya, menurut banyaknya berkat yang sudah diberikan-Nya kepada kamu.

11. Bersukacitalah di hadirat TUHAN, bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Lakukanlah hal ini di satu tempat ibadat itu.

12. Taatilah perintah-perintah ini dengan setia. Ingatlah bahawa kamu diperhamba di Mesir dahulu.”

13. “Setelah kamu menebah semua gandum dan memeras semua buah anggur, rayakanlah Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari.

Ulangan 16