1. “Hormatilah TUHAN, Allah kamu dengan merayakan Paska pada bulan Abib kerana pada bulan itu, pada suatu malam, TUHAN, Allah kamu menyelamatkan kamu dari Mesir.
2. Pergilah ke satu tempat ibadat itu, lalu di sana sembelihlah seekor daripada domba atau lembu kamu untuk perjamuan Paska bagi menghormati TUHAN, Allah kamu.