2. lalu berkata kepada Edna, “Mirip benar pemuda itu dengan Tobit saudaraku.”
3. Edna berkata kepada mereka, “Saudara-saudara dari mana?”“Kami orang Israel daripada suku Naftali,” jawab Tobias dan Rafael, “daripada kaum buangan di kota Niniwe.”
4. Edna bertanya lagi, “Kenalkah kamu saudara kami Tobit?”“Kami kenal dia,” jawab mereka.“Bagaimana keadaannya?” tanya Edna.
5. “Dia masih hidup dan sihat,” jawab mereka.Lalu Tobias menambah, “Tobit ayah saya.”
6. Apabila mendengar itu, Raguel berdiri dan mencium Tobias sambil menangis kegirangan. Lalu dia berkata, “Semoga Allah memberkati engkau, anakku. Ayahmu seorang yang baik dan berbudi. Sungguh menyedihkan bahawa orang yang hidup baik dan suka memberi derma itu menjadi buta!” Lalu didakapnya Tobias sambil menangis.