Tobit 13:8-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Biarpun aku tinggal dalam pembuangan,aku akan bersyukur juga kepada Tuhandan menyatakan kekuasaan-Nya yang besarkepada orang yang berdosa.Bertaubatlah daripada dosa-dosamudan lakukanlah apa yang dikehendaki Allah.Siapa tahu Dia akan berkenandan berbelas kasihan kepadamu.

9. Aku mahu mengagungkan Allahku dan Raja Yang Maha Tinggi,hatiku bersorak kerana kebesaran-Nya.

10. Hendaknya semua orang mengkhabarkan keagungan-Nyadan menyanyikan lagu pujian bagi-Nya di Yerusalem.Hai Yerusalem, kota suci,engkau dihukum kerana dosa-dosa pendudukmu.Tetapi Tuhan berbelas kasihankepada orang yang melakukan kehendak-Nya.

11. Maka bersyukurlah kepada Tuhan sebagaimana layaknya,pujilah Raja yang kekal abadi.Semoga Rumah-Nya dibina kembalidan kamu bergembira lagi.

12. Tuhan akan menggembirakan semua orang buanganmu,dan pendudukmu yang menderitadikasihi-Nya untuk selama-lamanya.

13. Yerusalem, cahayamu akan bersinar cemerlangbagi seluruh dunia.Dari jauh bangsa-bangsa datang kepadamuuntuk menyembah Tuhan Allah.Tangan mereka penuh dengan persembahanbagi Raja Yang Maha Tinggi.Turun-temurun orang akan bergembira kerana engkau,dan namamu sebagai kota pilihan Tuhanakan bertahan selama-lamanya.

14. Terkutuklah semua orang yang mengherdik engkau,yang merobohkan dan menghancurkan tembok-tembokmu,yang membongkar menara-menaramudan membakar rumah-rumahmu.Diberkatilah untuk selama-lamanyasemua orang yang menghormati engkau.

Tobit 13