Tobit 13:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kemudian Tobit berdoa begini,“Terpujilah Allah yang hidup selama-lamanya,terpujilah Dia yang berkuasa!

2. Memang Dia menghukum,tetapi Dia juga mengasihani.Dia menurunkan kita ke dunia orang mati,kemudian Dia membangkitkan kita daripada kebinasaan;tidak ada yang dapat terlepas daripada kuasa-Nya.

3. Hai Israel, bersyukurlah kepada-Nyadi depan bangsa-bangsa,tempat kamu diasingkan.

4. Khabarkanlah kebesaran-Nya di sana,agungkanlah Dia di hadapan segala yang hidup;kerana Dialah Allah, Tuhan kita,Bapa kita untuk selama-lamanya.

5. Biarpun Dia menyeksa kamu kerana kejahatanmu,Dia akan mengasihani kamu lagidan memulangkan kamu dari antara bangsa-bangsa,tempat kamu dicerai-beraikan.

6. Jika kamu kembali kepada-Nyadengan sepenuh hati dan segenap jiwamudan melakukan yang benar di hadapan-Nya,pasti Dia berbalik untuk menolong kamudan tidak terus bersembunyi daripadamu.

Tobit 13