Tobit 12:16-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

16. Lalu Tobit dan Tobias sujud di tanah dan gementar ketakutan.

17. Tetapi Rafael berkata kepada mereka, “Jangan takut! Damai sejahtera bagi kamu! Pujilah Allah selama-lamanya,

18. oleh sebab aku datang untuk menolong kamu atas kehendak Allah dan bukan kerana kerelaan aku sendiri. Maka nyanyikanlah pujian bagi Tuhan seumur hidup kamu.

19. Waktu kamu menyangka kamu melihat aku makan, aku sebetulnya tidak makan, hanya rupanya saja begitu.

Tobit 12