Sirakh 51:4-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. daripada mati lemas kerana api yang mencekik di sekelilingku,dari tengah api yang tidak kunyalakan,

7. Aku dikepung dari semua tempat;kucari seorang penolong, tetapi tidak mendapat seorang pun.

8. Maka aku ingat belas kasihan-Mu, ya Tuhan,dan perbuatan-Mu pada masa yang silam.Aku ingat bahawa Engkau membebaskan orangyang percaya kepada-Mu,dan menyelamatkan mereka daripada musuh.

9. Lalu dari bumi aku memohon kepada-Mudan berdoa supaya dilepaskan daripada maut.

10. Kumohon kepada-Mu, ya Bapaku,janganlah tinggalkan aku dalam kesusahanku,waktu aku tidak berdaya menghadapi musuh yang bongkak.

11. Aku mahu memuji Engkau selaludan menyanyikan lagu kesyukuran bagi-Mu,kerana Engkau telah mendengar doaku,

12. dan menyelamatkan aku daripada kebinasaanserta melepaskan aku daripada kemalangan.Maka aku bersyukur dan memuji Engkau;ya Tuhan, aku memuliakan Engkau.

15. Sejak muda aku bergembira atas kebijaksanaan yang berkembang seperti buah anggur yang menjadi masak. Sejak kecil aku biarkan diriku dibimbing oleh kebijaksanaan.

Sirakh 51