Sirakh 48:15-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Tetapi walaupun demikian, bangsanya tidak meninggalkan cara hidup mereka yang berdosa, sehingga mereka dibuang dari negeri mereka dan dicerai-beraikan di seluruh dunia. Daripada bangsa itu tinggal sebahagian kecil sahaja dengan seorang penguasa daripada keturunan Raja Daud.

16. Sebahagian daripada mereka melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan, sedangkan yang lain terus berdosa.

17. Raja Hizkia memperkukuh kota baginda dengan kubu dan melengkapkannya dengan bekalan air. Baginda menyuruh orang menggali sebuah terusan melalui bukit batu dengan alat-alat besi. Lalu baginda membuat kolam-kolam untuk menampung air itu.

18. Dalam masa pemerintahan baginda, kota baginda diserang oleh Raja Sanherib. Raja Sanherib mengutus Rabsyake, seorang pegawai tinggi. Utusan itu mengancam kota Yerusalem dan bertutur dengan sombongnya.

19. Orang Israel menjadi patah semangat dan gementar ketakutan. Mereka menderita seperti perempuan yang mahu bersalin.

Sirakh 48