Sirakh 43:13-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Dengan perintah Tuhan turunlah salji;kilat menyambar untuk menjalankan hukuman Tuhan.

14. Lalu terbukalah gudang-gudang di langitdan awan-awan keluar seperti burung yang berterbangan.

15. Dengan kuasa-Nya Dia menebalkan awan-awan,lalu memecahkannya menjadi hujan batu.

16-17. Oleh sebab gemuruh petirnya, bumi meringkuk kesakitan;gunung-gunung bergoncang melihat Tuhan datang.Dengan kehendak-Nya bertiuplah angin selatan,dari utara datang badai dan angin taufan.Ditebarkan-Nya salji seperti burung yang hinggap,seperti belalang yang mendarat.

18. Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.

19. Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.

20. Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.

21. Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.

Sirakh 43