Sirakh 4:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Anakku, jangan sebabkan orang miskin kehilangan nafkah dan jangan biarkan orang yang kekurangan terus berharap.

2. Jangan sakiti hati orang yang kelaparan dan jangan sesalkan hati orang yang kekurangan.

3. Orang yang sudah marah jangan lagi kautambah kesukaran mereka. Jangan menunda-nundakan waktu memberi sedekah kepada orang yang kekurangan.

4-5. Tolonglah orang yang sedang kesusahan, dan jangan tolak permintaan orang miskin atau memberi mereka alasan untuk mengutuk engkau.

6. Hal itu demikian kerana kalau dalam kesusahan hati mereka mengutuk engkau, Pencipta mereka akan mendengar permohonan mereka itu.

7. Berusahalah supaya engkau disukai umat, dan tunduklah kepada orang yang berkuasa.

8. Dengarkanlah kata-kata orang miskin dan jawablah mereka dengan ramah dan lembut.

Sirakh 4