1. Tetapi lain halnya tentang seorang yang dengan tekun dan rajin mempelajari hukum Allah Yang Maha Tinggi. Dia menyelidik kebijaksanaan orang pada zaman dahulu dan sibuk mendalami nubuat-nubuat.
2. Dia menghafalkan ajaran orang terkenal dan menyelami selok-belok perumpamaan.
3. Dia menyelidik erti yang tersembunyi dalam peribahasa dan dapat menghuraikan bahagian-bahagian yang sukar dalam perumpamaan.
4. Dia berkhidmat di kalangan orang terkemuka dan tampil di hadapan para penguasa. Dia menjelajah negeri-negeri asing kerana ingin tahu apa yang baik dan yang jahat untuk manusia.
5. Dia bangun pagi-pagi dan berdoa kepada Tuhan Penciptanya. Dengan suara lantang dia berdoa kepada Yang Maha Tinggi supaya mengampunkan dosa-dosanya.
6. Kalau diperkenan Tuhan yang agung, dia akan dipenuhi dengan pengertian. Kata-kata bijaksana mengalir dari mulutnya dan dia bersyukur kepada Tuhan dalam doa.
7. Dia akan mempunyai pengetahuan dan penilaian yang tepat, dan memikirkan rahsia-rahsia Tuhan.
8. Dia menunjukkan ajaran yang telah diberikan kepadanya, dan kebanggaannya ialah Taurat dan perjanjian Tuhan.
29-30. Binatang buas, kala jengking dan ular tedung,pedang yang membinasakan orang jahat,api, hujan batu, wabak dan kelaparan,semua itu diciptakan sebagai hukuman.