Sirakh 38:3-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Oleh sebab pengetahuan mereka, mereka diberi kedudukan yang penting dan sangat dikagumi oleh orang terkemuka.

4. Tuhan menciptakan ubat-ubatan dari bumi, dan orang yang berakal tidak memperkecilkannya.

5. Tidakkah sebatang pokok membuat air yang tawar sesuai untuk diminum, supaya kuasa Tuhan menjadi nyata?

6. Dia memberi pengetahuan perubatan kepada manusia, supaya mereka memuji-Nya kerana perbuatan-perbuatan-Nya yang ajaib.

9. Anakku, jika engkau jatuh sakit, jangan bersikap tidak mempedulikannya. Berdoalah kepada Tuhan, maka Dia akan menyembuhkan engkau.

10. Bersihkanlah hatimu daripada segala dosa, jauhilah segala kesalahan dan selanjutnya bertindaklah dengan baik.

11. Persembahkanlah kemenyan dan korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan serta minyak, sesuai dengan kemampuanmu.

Sirakh 38