Sirakh 31:15-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Hormatilah selalu orang yang makan bersama dengan engkau, dan perlakukanlah mereka seperti engkau sendiri ingin diperlakukan.

16. Apa sahaja yang dihidangkan kepadamu, makanlah dengan sopan seperti manusia. Jangan makan dengan rakus, nanti engkau dibenci orang.

17. Orang yang tahu adat, berhenti makan paling dahulu. Orang yang makan dengan lahap menjengkelkan.

18. Kalau makan bersama banyak orang, jangan mula dahulu.

19. Makanan yang sedikit sudah cukup bagi orang yang tahu adat. Mereka tidak akan sesak nafas di tempat tidur.

Sirakh 31