9. Seorang yang menimang anaknya dan bermain dengan dia, akan dikecewakan kelak dan disedihkan olehnya.
10. Orang yang sekarang tertawa bersama-sama anak mereka, akan menangisi mereka kelak dan akhirnya akan menggertakkan gigi kerana menyesal.
11. Jangan beri kebebasan kepada anakmu pada masa mudanya dan jangan berpura-pura tidak melihat kesalahannya.
12. Tundukkanlah dan sebatlah dia pada masa kecilnya supaya dia menghormati kewibawaanmu. Kalau tidak, dia akan menjadi keras kepala dan tidak taat kepadamu.