Sirakh 28:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang yang membalas dendam akan dibalas oleh Tuhan. Tuhan menghitung dosanya.

2. Tetapi seorang yang mengampunkan kesalahan orang lain akan diampuni jika dia berdoa.

3. Seorang yang dendam terhadap orang lain tidak dapat mengharapkan pengampunan daripada Tuhan.

4. Kalau dia tidak mahu mengampuni seorang manusia seperti dia, jangan dia berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan.

5. Kalau seorang manusia yang lemah menyimpan dendam, dia tidak usah mengharapkan pengampunan bagi dosa-dosanya.

6. Ingatlah bahawa suatu ketika engkau akan mati dan tubuhmu menjadi busuk. Oleh itu hentikanlah permusuhan dan taatilah semua perintah.

7. Ingatlah perintah Tuhan dan jangan berdendam terhadap sesama manusia. Ingatlah perjanjian Allah Yang Maha Tinggi dan maafkanlah kesalahan orang.

8. Orang yang menjauhi pertengkaran tidak akan banyak berbuat dosa, kerana pertikaian dikobarkan oleh orang yang panas hati.

9. Seorang yang berdosa mengacaukan persahabatan; dia menimbulkan permusuhan di kalangan orang yang hidup rukun.

19-20. Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa.

Sirakh 28