Sirakh 26:6-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. kesedihan dan sakit hati yang didatangkan oleh seorang wanita yang iri hati terhadap wanita lain, dan yang membidas setiap orang.

7. Seorang isteri yang jahat seperti kok lembu yang goyah; mengendalikan dia sama dengan memegang kala jengking.

8. Seorang wanita yang mabuk membuat orang marah sekali kerana dia tidak menyembunyikan tingkah lakunya yang memalukan.

9. Seorang isteri yang tidak setia dapat dikenal daripada pandangannya yang merangsang dan merayu.

10. Jagalah dengan ketat seorang anak perempuan yang keras kepala. Kalau tidak, dia akan menyalahgunakan setiap kesempatan yang diperolehnya.

11. Awasilah pandangannya yang tidak tahu malu, dan jangan hairan kalau dia berdosa terhadap engkau.

12. Di mana sahaja, dia akan duduk mengangkang di hadapan setiap lelaki yang mengingini dia, seperti pengembara yang haus minum apa sahaja yang didapatnya.

13. Kecantikan seorang isteri menyenangkan suaminya, dan kepandaiannya membuat dia sihat.

14. Isteri yang pendiam ialah anugerah daripada Tuhan; tidak ada yang lebih berharga daripada isteri yang terdidik.

15. Isteri yang bersopan dan murni sangat berharga, dan tidak ada taranya.

Sirakh 26