Sirakh 25:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Ada tiga perkara yang sangat kusukai yang menyenangkan hati Allah mahupun manusia, iaitu:saudara-saudara yang hidup rukun,jiran yang bersahabatdan pasangan suami isteri yang hidup mesra.

2. Ada tiga jenis orang yang kubenci dan yang kelakuan mereka sangat menjijikkan aku, iaitu:orang miskin yang bongkak,orang kaya yang suka berdusta,dan lelaki tua yang bodoh dan suka berzina.

3. Apa yang tidak dipelajari pada masa muda tidak mungkin didapati pada masa tua.

4. Pertimbangan yang tepat dan nasihat yang baik sesuai dengan orang tua yang beruban.

5. Kebijaksanaan, pengertian, dan nasihat sesuai dengan orang terhormat yang lanjut usia.

Sirakh 25