Sirakh 16:7-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Pada zaman purba Tuhan tidak mengampuni raksasa-raksasa yang bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan yang memberontak terhadap-Nya.

8. Dia membenci kebongkakan orang yang hidup sekota dengan Lot dan Dia tidak mengasihani mereka.

9. Bangsa yang berdosa itu tidak disayangi-Nya, melainkan dimusnahkan-Nya kerana dosa mereka.

Sirakh 16