5. Hal seperti itu sering saya lihat, bahkan hal yang lebih hebat lagi saya dengar.
6. Api akan berkobar-kobar di tengah kumpulan orang yang berdosa dan kemurkaan Tuhan menyala antara bangsa yang tidak taat.
7. Pada zaman purba Tuhan tidak mengampuni raksasa-raksasa yang bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan yang memberontak terhadap-Nya.
8. Dia membenci kebongkakan orang yang hidup sekota dengan Lot dan Dia tidak mengasihani mereka.
9. Bangsa yang berdosa itu tidak disayangi-Nya, melainkan dimusnahkan-Nya kerana dosa mereka.
10. Begitu juga nasib 600,000 orang dalam perjalanan di padang gurun yang dengan degil berkumpul untuk memberontak.