Sirakh 14:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Berbahagialah seorang yang tidak pernah bercakap sembarangan, oleh sebab dia tidak usah berasa susah kerana dosanya.

2. Berbahagialah seorang yang tidak dipersalahkan oleh suara hatinya dan yang tidak pernah kehilangan harapannya.

3. Tidak patut apabila seorang kikir menjadi kaya. Apa gunanya harta benda bagi orang yang terlalu kedekut?

4. Barang siapa menimbun harta sehingga merugikan dirinya sendiri, sesungguhnya orang itu mengumpulkan kekayaan untuk orang lain. Hal itu demikian kerana kekayaanmu akan digunakan oleh orang lain untuk hidup dengan mewah.

26-27. Tempatkanlah anak-anakmu dalam perlindungannya. Hiduplah dengan aman dalam naungannya dan tinggallah dalam kemuliaannya, terlindung daripada panas matahari.

Sirakh 14