Roma 6:4-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.

5. Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia.

6. Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi.

7. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.

8. Jika kita sudah mati bersama-sama Kristus, kita percaya bahawa kita pun akan hidup bersama-sama Dia.

9. Hal itu demikian, kerana kita tahu bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi.

Roma 6