Roma 16:3-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, rakan-rakanku yang sama-sama bekerja untuk Kristus Yesus.

4. Mereka menyabung nyawa untukku. Aku berterima kasih kepada mereka - dan bukan aku sahaja, tetapi jemaah orang bukan Yahudi juga berterima kasih kepada mereka.

5. Sampaikan salamku kepada jemaah yang berkumpul di rumah mereka.Sampaikan salamku kepada Epenetus yang aku kasihi. Dia orang pertama di daerah Asia yang percaya kepada Kristus.

6. Sampaikan salamku kepada Maria yang sudah bekerja begitu keras bagi kamu.

7. Sampaikan salamku kepada Andronikus dan Yunias, yang sebangsa dengan aku dan yang dipenjarakan bersama-sama aku. Mereka terkenal antara rasul-rasul dan mereka lebih awal percaya kepada Kristus daripada aku.

Roma 16