Roma 11:30-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

30. Dahulu kamu, orang bukan Yahudi tidak taat kepada Allah. Tetapi sekarang kamu menerima belas kasihan Allah, kerana orang Yahudi tidak taat kepada Allah.

31. Demikian juga halnya dengan orang Yahudi. Kerana kamu sudah menerima belas kasihan Allah, sekarang orang Yahudi tidak taat kepada Allah, supaya mereka pun boleh menerima belas kasihan Allah.

32. Hal itu demikian, kerana Allah sudah membiarkan umat manusia menjadi seperti orang tahanan, kerana mereka tidak mentaati Dia. Allah berbuat demikian supaya Dia dapat menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka semua.

33. Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?

Roma 11