9. Mereka menderita dan mati perlahan-lahan, kerana sama sekali tidak mempunyai makanan.Orang yang mati di medan pertempuran, lebih beruntung daripada orang yang mati kelaparan.
10. Bencana yang menimpa bangsaku sangat mengerikan;sehingga ibu yang penyayang terpaksa memasak anak sendiri untuk dimakan.
11. TUHAN melampiaskan kemurkaan-Nyadan membakar kota Sion sampai musnah.
12. Di kalangan raja-raja dan penduduk dunia tidak seorang pun yang percayabahawa pintu gerbang Yerusalem dapat dimasuki musuh.
13. Tetapi hal itu berlaku kerana nabi-nabinya telah berdosa,dan imam-imamnya membunuh orang yang tidak bersalah.
14. Para pemimpin kota Yerusalem bagai orang buta yang berjalan tidak tentu arah.Pakaian mereka berlumuran darah sehingga tiada seorang pun mahu menyentuh mereka.