Ratapan 2:4-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Dia membidikkan panah ke arah kita seolah-olah kita ini musuh-Nya;Dia membunuh semua orang yang menjadi kesukaan dan kebanggaan kita.Di kota Yerusalem kita merasakan api kemurkaan-Nya.

5. Seperti musuh, Tuhan telah membinasakan Israel;Dia memusnahkan semua kubu dan istananya.Dia menambah kedukaan penduduk Yehuda.

6. Dia menghancurkan Rumah TUHAN tempat kita menyembah Dia;Dia menghapuskan semua perayaan dan hari Sabat.Raja dan imam semuanya menderita akibat kemurkaan-Nya.

7. Tuhan menolak mazbah-Nya dan meninggalkan Rumah-Nya yang suci;Dia membiarkan musuh merobohkan temboknya.Musuh bersorak-sorak kerana menang di tempat kita beribadat dengan sukacita dahulu.

8. TUHAN telah mengambil keputusan untuk merobohkan tembok Sion;Dia mengukur tembok itu supaya semuanya dihancurkan-Nya.Menara dan tembok kini menjadi runtuhan belaka.

Ratapan 2