16. Beberapa orang dari kota Tirus yang tinggal di Yerusalem membawa ikan dan pelbagai jenis barang ke Yerusalem, lalu mereka menjualnya kepada orang Yahudi pada hari Sabat.
17. Aku menegur para pemimpin orang Yahudi. Aku berkata, “Lihatlah perbuatan kamu yang jahat itu! Kamu mencemarkan hari Sabat.
18. Justeru kerana itulah Allah menghukum nenek moyang kita dahulu dan memusnahkan kota ini. Sekarang kamu menyebabkan Allah lebih murka lagi terhadap Israel dengan mencemarkan hari Sabat!”
19. Oleh itu aku memberikan perintah supaya pintu gerbang kota ditutup pada permulaan tiap-tiap hari Sabat, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam, dan pintu itu tidak dibuka sehingga hari Sabat sudah berlalu. Aku menugaskan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang itu untuk mengawasi supaya tidak ada barang dagangan dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat.