Mikha 3:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,

2. tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.

3. Kamu menelan umat-Ku. Kamu menguliti mereka dan mematahkan tulang mereka. Kamu mencincang mereka seperti kamu mencincang daging untuk dimasak di dalam belanga.

4. Masanya akan tiba apabila kamu akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab. Dia tidak akan mengabulkan doa kamu, kerana kamu telah melakukan kejahatan.

Mikha 3