1. Alangkah malangnya orang yang merancang kejahatan sementara berbaring di tempat tidur pada waktu malam. Apabila fajar menyingsing mereka melaksanakan rancangan jahat itu kerana mereka dapat berbuat demikian.
2. Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.
3. Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku bercadang mendatangkan bencana kepada kamu. Kamu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. Kamu akan ditimpa kesusahan, maka kamu tidak akan dapat bersikap angkuh lagi.