Mazmur 92:8-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. orang jahat mungkin tumbuh subur seperti rumput,dan orang yang melakukan kejahatan mungkin makmur;namun mereka akan dibinasakan sama sekali,

9. kerana Engkau, ya TUHAN, penguasa tertinggi selama-lamanya.

10. Kami tahu bahawa musuh-Mu akan dimusnahkan,dan semua orang jahat akan dikalahkan.

11. Engkau telah menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar;Engkau telah memberkati aku dengan kebahagiaan.

12. Aku telah melihat kekalahan musuhku,dan mendengar teriakan orang jahat yang menyerang aku.

Mazmur 92