Mazmur 90:6-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. yang tumbuh dan berbunga,tetapi layu dan mati pada waktu petang.

7. Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;kami takut kerana kemarahan-Mu.

8. Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.

9. Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.

10. Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,lapan puluh, jika kami kuat;namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.

11. Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?

12. Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,supaya kami menjadi bijak bestari.

Mazmur 90