Mazmur 65:9-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Semua penduduk bumi takut dan hormat,ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat.Tindakan-Mu membawa sorakan riangdi seluruh bumi dari hujung ke hujung.

10. Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan;Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur.Engkau mengisi anak sungai dengan air;Engkau menumbuhkan tanaman di bumi.Begitulah perbuatan-Mu.

11. Engkau menurunkan hujan lebatdan mengairi ladang yang dibajak;Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujandan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur.

12. Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu!Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu.

13. Padang rumput penuh dengan ternakan;bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.

Mazmur 65