Mazmur 55:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud.

2. Ya Allah, dengarlah doaku;jangan berpaling daripada rayuanku.

3. Dengarlah aku dan jawablah aku;aku lemah kerana kerunsinganku.

4. Aku cemas kerana ancaman musuhku,dan remuk kerana orang jahat menindas aku.Mereka menyusahkan aku;mereka marah kepadaku dan membenci aku.

Mazmur 55