Mazmur 44:6-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Dengan kuasa-Mu kami mengalahkan musuh kami,dan menakluki orang yang menyerang kami.

7. Aku tidak bergantung kepada busur,atau pedang untuk menyelamatkan diri,

8. kerana Engkaulah yang menyelamatkan kami,dan mengalahkan mereka yang membenci kami.

9. Kami akan sentiasa memuji Engkaudan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

10. Tetapi sekarang, ya Allah, Engkau meninggalkan kamidan membiarkan kami dikalahkan;Engkau tidak lagi maju bersama dengan tentera kami.

11. Engkau membuat kami lari daripada musuh,dan mereka merampas segala harta kami.

Mazmur 44