Mazmur 38:2-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Ya TUHAN, jangan hukum aku walaupun Engkau murka.

3. Panah-Mu melukai tubuhku;tangan-Mu memukul aku.

4. Aku sakit parah kerana kemarahan-Mu;seluruh badanku sakit kerana dosaku.

5. Aku lemas dalam banjir dosaku;dosaku terlalu berat bagiku.

6. Kerana perbuatanku yang bodoh,luka-lukaku bernanah dan busuk.

7. Aku menjadi bongkok, aku tersungkur;aku berdukacita sepanjang hari.

Mazmur 38