Mazmur 20:3-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nyadan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.

4. Semoga Dia menerima segala persembahanmudan berkenan pada segala korbanmu.

5. Semoga Dia memberi kamu keinginanmudan menjayakan segala rancanganmu.

6. Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu,dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita.Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.

Mazmur 20