3. Engkau mengenal hatiku.Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam,dan memeriksa aku dengan teliti,tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku.
4. Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain;aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.
5. Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mudan tidak pernah menyeleweng.
6. Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku;oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku.
7. Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan,dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu;di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh.
8. Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri;sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,
9. lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;
10. mereka bercakap sombong dan tidak berbelas kasihan.
11. Mereka mengejar dan mengepung aku,mencari peluang untuk menjatuhkan aku.