Mazmur 119:82-89 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

82. Mataku penat menanti-nantikan apa yang Engkau janjikan,sementara aku bertanya, “Bilakah Engkau akan menolong aku?”

83. Aku seperti kirbat wain yang sudah dibuang,namun aku tidak melupakan perintah-Mu.

84. Sampai bilakah aku mesti menunggu?Bilakah Engkau menghukum mereka yang menganiaya aku?

85. Orang sombong yang tidak mematuhi Taurat-Musudah menggali lubang untuk memerangkap aku.

86. Semua perintah-Mu dapat dipercayai;tolonglah aku kerana orang menganiaya aku dengan dusta!

87. Mereka hampir berjaya membunuh aku,tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu.

88. Semoga Engkau baik hati kepadaku kerana kasih-Mu yang kekal,supaya aku dapat mentaati hukum-Mu.

89. Ya TUHAN, firman-Mu kekal selama-lamanya;firman-Mu kekal abadi di syurga.

Mazmur 119