Mazmur 102:2-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Dengarlah doaku, ya TUHAN,dengarlah seruanku minta pertolongan.

3. Janganlah berpaling daripadakuketika aku dalam kesusahan.Dengarlah apabila aku berseru,dan jawablah permintaanku dengan segera.

4. Hidupku menghilang seperti asap;badanku seolah-olah terbakar.

5. Aku layu seperti rumput kering,dan seleraku hilang.

6. Aku mengerang dengan kuat;badanku kurus kering.

7. Aku bagaikan burung liar di padang pasir,bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.

8. Aku tidak dapat tidur;aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.

9. Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.

10. Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata

11. kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.

Mazmur 102