Mazmur 102:19-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Tulislah semua perbuatan TUHAN untuk keturunan yang akan datang,supaya generasi yang akan datang dapat memuji Dia.

20. TUHAN memandang ke bawah dari tempat-Nya yang suci,Dia memandang dari syurga ke bumi,

21. untuk mendengar keluhan orang tawanan,dan membebaskan mereka yang dijatuhi hukuman mati.

22. Oleh itu nama-Nya akan diisytiharkan di Sion;Dia akan dipuji-puji di Yerusalem,

23. ketika bangsa dan kerajaan berkumpuluntuk menyembah TUHAN.

24. TUHAN melemahkan aku semasa aku masih muda;Dia memendekkan umurku.

25. Ya Allah, janganlah ambil nyawaku,sebelum lanjut usiaku.Engkau hidup selama-lamanya;

Mazmur 102