Mazmur 10:3-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka;orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

4. Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.

5. Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.

6. Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal;kami tidak akan ditimpa kesusahan.”

Mazmur 10