Matius 13:55-58 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

55. Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya?

56. Bukankah saudara-saudara perempuannya bersama-sama kita? Dari manakah dia memperoleh semuanya ini?”

57. Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia.Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan antara keluarganya sendiri.”

58. Yesus tidak melakukan banyak mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.

Matius 13