Markus 15:8-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Ketika orang ramai berkumpul dan seperti biasa mula meminta Pilatus membebaskan seorang tahanan,

9. Pilatus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mahu aku membebaskan raja orang Yahudi ini?”

10. Pilatus tahu betul bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati.

11. Tetapi para ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas.

12. Pilatus berkata lagi kepada orang ramai itu, “Jika demikian, apakah yang kamu ingin aku lakukan terhadap orang yang kamu sebut raja orang Yahudi?”

13. Mereka berteriak, “Salibkan dia!”

14. Pilatus bertanya, “Tetapi kejahatan apa yang sudah dilakukannya?”Mereka berteriak lebih kuat lagi, “Salibkan dia!”

15. Pilatus hendak menyenangkan hati orang ramai, maka dia membebaskan Barabas untuk mereka. Kemudian dia menyuruh orang mencambuk Yesus dan menyerahkan Dia kepada askar supaya disalib.

Markus 15